Jumaat yang lalu, kami(saya dan suami) ke Vietnam bersama rombongan Cik Ita(Orang Travel Agency). Menaiki pesawat MAS ke sana. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa dua jam ke Ho Chi Minh terisi dengan cerita Ice Age: Continental Drift. Seronok juga.
Mendarat di lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat, kami segara mencari tandas. Tak sampai lima minit, keluar semula. Sebabnya, tandas dia tak ada air. Huhuhu. Aduhai. Menahan la sampai hotel.
Hotel yang kami duduk ni rate dia dalam RM200++ untuk bilik standard twin. Mahal... Patut la pakej Travel Agency ni mahal. Ceit! Tapi hotel ni sangat berkira. Tuala muka kotor pun kena bayar. 6USD pulak tu. RM18 hanya untuk tuala muka yang kecil tu. Haish. Maka tidak disarankan duduk di hotel ini. Cari la hotel lain. Bilik pun kecil, sabun tak renew. Mahal saja je.
Sesampai kami di Vietnam, kami dibawa ke Satay House. Ingatkan pergi makan satay...Rupanya nasik da...Sedap sangat. Lauk dia paru goreng, ayam goreng, telur dadar, sayur kangkung dan sup ikan(nak kata tom yam bukan, nak kata asam pedas pun bukan, sup pun bukan. Gabungan semua rasa yang disebutkan di atas). Lepas makan malam, kami dibawa ke hotel(tahan nak pergi tandas dari airpot lagi) dan dibenarkan berehat dan solat. Pukul 9.00 malam, kami berjalan ke pasar malam berdekatan dengan Ben Thanh Market.
Membeli belah memang seronok. Kat sana kena tawar sampai 3/4 harga. Anda jangan rasa terkejut jika harga yang dipersetujui setelah tawar-menawar aka gaduh-gaduh jauh lebih murah dari harga yang dia sebut. Walaupun kita dah rasa murah, wajib jugak tawar, sebab sebenarnya harga dia lagi murah dari tu. Hari pertama, kami survey je dulu. Hehe.
