Assalamualaikum,
Entri pertama bagi some malaysian travelogue & eatery ni dalam bahasa Melayu. :p
Hmm... Kalau kita sebut je sate, orang mesti akan ingat sate Kajang. Sate Hj Samuri...Usaha orang yang
jauh datang mai Kajang masa dulu, masa dia tak buka cawangan kat tempat len. :). Sama la kami sekeluarga pun. Tapi kami jumpa tempat baru yang 'combine' fav. kami. Jalan Peel...
Kedai dia tak la se gah macam kedai-kedai mamak yang ada dinding kaler pucuk pisang, lampu krismas atau ketupat kelip-kelip bila raya, tapi masakan dia...Fuhh...Sedapp...Ini dikira dalam kategori gerai la ni..Gerai ni diapit oleh Carrefour dan Sekolah Menengah Convent Jalan Peel.Ada 2 gerai kat situ.Kalau nak tau yang mana satu, 'try' tengok ada dak orang jual nasik lemak & sate kat depan gerai tu. Itu la yang kita cari! Hehehe. Gerai ni betul-betul seberang jalan dari PPR Jalan Peel kalau korang pernah lalu sana. Kalau tak pernah sila la Google sikit ye?
Ok bercerita pasal makanan dia pulak, hmm...menu-menu adalah seperti berikut:
Sate
Sate daging, ayam, perut,rusa??(tak penah pulak order)
Char Kue Tiau(Betul ke eja ni? macam-macam versi ejaan saya @_@) basah atau kering
Nasi Goreng
Nasi goreng cina
Nasi goreng biasa
.....(list tamat di sini ek, lain-lain nasi goreng 'not available')
-dah 'test' dah waitress tu suh dia sebut satu-satu apa yang ada.keh3. lepas dia sebut nasik grg
biasa dia senyap.Long pause...Dark silent siap bunyik cengkerik2 lagi...Ngeh3. Sambil dia tengok mukaku yang menawan ni..Aaa..Pastu tanpa disedari, tertanya la soklan ngok ngek..."Nasik goreng kampung takde?"...Dia pun jawab la dengan sabarnya,"Takde kak, kita ada dua je nasik goreng". Hehehe. Moral of the story? Jangan mintak yang tiada disebut dalam menu..Keh3.
Nasi Lemak biasa(Kalau nak yang luar biasa sila pegi kat gerai nasik lemak dia sendiri ye...)
Mee Kari(Ada di gerai nasik lemak kedai sebelah, hehehe)
Air
Hampir semua yang normal2 ada kecuali yang shake2 & blended2..Atee, gerai yob...mane nak ade seme tu...
Hmm...That's all. Nak yang lebih kena cari kedai len... ;p.

Ni ada gambar sikit, 'copy paste' dari internet. Credit to the photographer &
blogger. Mintak ijin guna gambar ye?

Kue tiau tak jumpa la yang serupa dengan yang kat Jalan Peel tu...Kalau nak tengok rupanya gane, cuba la singgah2 ke gerai itu ye...
Daaa....Selamat Menjamu Selera!
No comments:
Post a Comment