Monday, January 14, 2013

Gambar-gambar di Vietnam December- Part 3

Masa mula-mula sampai. Kami makan di Malay Satay House. Ini la lauk-lauknya.

Di Chu Chi Tunnel, kami dihidangkan dengan ubi kayu, cecah la kacang tumbuk masin. Boleh merasa apa yang orang zaman dulu makan. Sedap gak pada yang tak biasa makan ubi ni.

Aunty jual air kelapa. Air kelapa je USD1=RM3. Takpe la, sambil-sambil beramal jariah.

Pemandangan dalam perjalanan ke Delta Mekong. Perjalanan mengambil masa 2 jam pergi,  1 jam  30 minit balik.  Sawah padi ni, ada kubur kat sawah padi. Kubur nenek moyang depa.

Persinggahan dalam perjalanan ke Delta Mekong. Dalam kawasan sebuah restoran. Restoran ni tak halal.  Muslimin, muslimat yang terhormat jangan dok gatal-gatal order & makan kat sinun. Gelap hati nanti. Sebelah restoran  ni ada coffee house, kalau nak minum es blended sini ok. Sedap dan MAHAL! ;p

Dalam bot ke Mekong Delta, naik bot pulak ambil masa selama 45 minit. Hadoi... Tapi takpe la, boleh minum air kelapa sambil-sambil tengok kampung terapung. Air kelapa free je. Termasuk dalam pakej tiket bot dia.

Gula-gula kelapa. Sedap... Tapi tak beli...Huhuhu. Sebabnya ada orang tu ingat  boleh patah balik lepas jalan-jalan kat  Delta Mekong ni. 

Kedai gula-gula kelapa yang sedap itu

Balik dari Delta Mekong. Very Tourist Material. @_@

Singgah makan di Kedai Shamsudin, sempat tangkap gambar tisu je. Gambar makanan? Hmmm... Mungkin dalam kamera 

Kilang Laquerware yang Datuk mehey! Tapi kualiti dan usaha diaorang buat tu. Hamboi... Hebat dan tekun giler.

Ni la kilang Laquerwarenya. Try google kalau nak tau apa itu laquerware bagi yang masih tertanya-tanya. ;p

Mak datuk wayar depa...Pencuri wayar kalau hati kering nak curi gak ni mesti kena  renjatan sampai tinggal habuk je.

Usaha meniaga mereka di sana. Walaupun miskin, mereka tak meminta-minta.

Kedai kain murah. Kain cotton, tudung fareeda, tak fareeda, half moon , full moon semua ada. Murah sampai kering wallet gila shopping. Di TAKA Plaza. Kami jalan kaki je pergi sini dari Huang Hai Long Hotel. Jauh gak sampai sesat-sesat (sebab memandai ikut jalan sendiri. Hahaha. Orang hotel dah bagi instruction & siap highlight jalan lagi. Kitaorang bantai ikut jalan pintas, kononnya nak lagi cepat sampai. Hambik ko! Hahaha)

Ben Thanh Market yang mahal, peniaga perempuan siap gosok-gosok perut pelanggan lelaki. Haduiyai... Kalau  tak jerit 'Jangan pegang laki aku!' kat sini, abes la laki korang kena molest. Hahaha.

No comments:

Post a Comment