Monday, January 7, 2013

Masa lapang di Vietnam - Part 2


Hohoiii.... Lama tak update blog ni. Orite! Sekarang ni mari kita kembali ke tahun lalu. Disember 2012, Vietnam. Selama 4 hari 3 malam kami berada di sana, pemandu pelancong membawa kami ke tempat-tempat yang mahal. Hadoi... Nak membeli tu pikir banyak kali la. Sebabnya kita tahu, banyak lagi tempat yang menawarkan harga yang jauuuuuuuhhhhh lebih murah dari tu. Salah satu daripadanya ialah Pasar Malam Ben Thanh. Bukan pasar dalam bangunan tu. Pasar Ben Thanh jugak namanya. Tapi yang pasar dalam bangunan tu mahal. Berganda-ganda dari yang kat pasar malam. Bayangkan kat pasar malam pensel case 6 pieces = 1500 Dong, di pasar Ben Thanh yang bangunan tu 1 piece = 700 Dong. Hadoi! Berapa banyak beza tu...


Yang ada menara jam besar ni la Ben Thanh Market yang mahal tu, tapi kalau nak tempah kot, blaus dan baju jubah / kurung, kat sini boleh siap sehari je. Tapi masa dia potong kain tu, kena check betul-betul, nanti dia ngelat tipu ambik kain yang lebih low quality, tapi harga high quality. 

Berada di Vietnam ni, membuatkan kami insaf dan merasa takjub. Kadar kemiskinan dia tinggi, tapi kita jarang nak nampak pengemis. Sepanjang kami berada kat sana, kami jumpa sorang je yang mengemis. Apa yang buat kami insaf ialah, walaupun mereka miskin, mereka tak meminta-minta. Pemandu pelancong kami kata, di Vietnam, kalau seseorang tu miskin, dia akan meniaga, meniaga la apa pun yang tak menjadi jenayah, mereka akan sokong dan membeli barangan yang diniagakan. 

Kami ke Mekong Delta pada hari ke-3 untuk merasai pengalaman menyusuri sungai Mekong dan melihat kehidupan penduduk di situ. Di situ, rata-rata penduduknya membuat kerja sulaman. Sulamannya sangat halus dan cantik. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada yang terdapat dibandar jika anda pandai tawar menawar. Bayangkan Baju sulaman budak kecil bergambar naga hanya berharga 10 USD untuk tiga pasang. Nanti saya upload gambar sepasang daripada baju-baju tu.

Banyak pengalaman yang dapat kami perolehi daripada pelancongan kali ini. Ada yang menginsafkan, ada yang menyedihkan dan tidak kurang juga yang menggembirakan. Jauh perjalanan luas pemandangan. >_<

P.S: Nanti saya akan uploadkan gambar-gambar kami di sana berserta nama-nama tempat yang dilawati (Kalau masih ingat ;p). Nantikan Part 3- Gambar-gambar di Vietnam.

No comments:

Post a Comment