Monday, January 14, 2013

Dusk in Sunway Pyramid

I went to Sunway Pyramid, Bandar Sunway by car. When we arrived it's already past 5. The sky was full with heavy clouds...

"Seems that it might get thunder storm any moment from now", Jaemiey said. Often we travel together through Kuala Lumpur if I'm not with my family and often we're out of tracks...Yeah, according to his GPS that are always gives us the longest and hardest route to challenge us. You might wonder, why even in KL we used such GPS when it is even a small region. Heh, this is because the fact that we're new as a driver in KL and we find it quite hard not to get lost if we're not holding onto the GPS guide. Poor us.

Gambar-gambar di Vietnam December- Part 3

Masa mula-mula sampai. Kami makan di Malay Satay House. Ini la lauk-lauknya.

Di Chu Chi Tunnel, kami dihidangkan dengan ubi kayu, cecah la kacang tumbuk masin. Boleh merasa apa yang orang zaman dulu makan. Sedap gak pada yang tak biasa makan ubi ni.

Aunty jual air kelapa. Air kelapa je USD1=RM3. Takpe la, sambil-sambil beramal jariah.

Pemandangan dalam perjalanan ke Delta Mekong. Perjalanan mengambil masa 2 jam pergi,  1 jam  30 minit balik.  Sawah padi ni, ada kubur kat sawah padi. Kubur nenek moyang depa.

Persinggahan dalam perjalanan ke Delta Mekong. Dalam kawasan sebuah restoran. Restoran ni tak halal.  Muslimin, muslimat yang terhormat jangan dok gatal-gatal order & makan kat sinun. Gelap hati nanti. Sebelah restoran  ni ada coffee house, kalau nak minum es blended sini ok. Sedap dan MAHAL! ;p

Dalam bot ke Mekong Delta, naik bot pulak ambil masa selama 45 minit. Hadoi... Tapi takpe la, boleh minum air kelapa sambil-sambil tengok kampung terapung. Air kelapa free je. Termasuk dalam pakej tiket bot dia.

Gula-gula kelapa. Sedap... Tapi tak beli...Huhuhu. Sebabnya ada orang tu ingat  boleh patah balik lepas jalan-jalan kat  Delta Mekong ni. 

Kedai gula-gula kelapa yang sedap itu

Balik dari Delta Mekong. Very Tourist Material. @_@

Singgah makan di Kedai Shamsudin, sempat tangkap gambar tisu je. Gambar makanan? Hmmm... Mungkin dalam kamera 

Kilang Laquerware yang Datuk mehey! Tapi kualiti dan usaha diaorang buat tu. Hamboi... Hebat dan tekun giler.

Ni la kilang Laquerwarenya. Try google kalau nak tau apa itu laquerware bagi yang masih tertanya-tanya. ;p

Mak datuk wayar depa...Pencuri wayar kalau hati kering nak curi gak ni mesti kena  renjatan sampai tinggal habuk je.

Usaha meniaga mereka di sana. Walaupun miskin, mereka tak meminta-minta.

Kedai kain murah. Kain cotton, tudung fareeda, tak fareeda, half moon , full moon semua ada. Murah sampai kering wallet gila shopping. Di TAKA Plaza. Kami jalan kaki je pergi sini dari Huang Hai Long Hotel. Jauh gak sampai sesat-sesat (sebab memandai ikut jalan sendiri. Hahaha. Orang hotel dah bagi instruction & siap highlight jalan lagi. Kitaorang bantai ikut jalan pintas, kononnya nak lagi cepat sampai. Hambik ko! Hahaha)

Ben Thanh Market yang mahal, peniaga perempuan siap gosok-gosok perut pelanggan lelaki. Haduiyai... Kalau  tak jerit 'Jangan pegang laki aku!' kat sini, abes la laki korang kena molest. Hahaha.

Monday, January 7, 2013

Masa lapang di Vietnam - Part 2


Hohoiii.... Lama tak update blog ni. Orite! Sekarang ni mari kita kembali ke tahun lalu. Disember 2012, Vietnam. Selama 4 hari 3 malam kami berada di sana, pemandu pelancong membawa kami ke tempat-tempat yang mahal. Hadoi... Nak membeli tu pikir banyak kali la. Sebabnya kita tahu, banyak lagi tempat yang menawarkan harga yang jauuuuuuuhhhhh lebih murah dari tu. Salah satu daripadanya ialah Pasar Malam Ben Thanh. Bukan pasar dalam bangunan tu. Pasar Ben Thanh jugak namanya. Tapi yang pasar dalam bangunan tu mahal. Berganda-ganda dari yang kat pasar malam. Bayangkan kat pasar malam pensel case 6 pieces = 1500 Dong, di pasar Ben Thanh yang bangunan tu 1 piece = 700 Dong. Hadoi! Berapa banyak beza tu...


Yang ada menara jam besar ni la Ben Thanh Market yang mahal tu, tapi kalau nak tempah kot, blaus dan baju jubah / kurung, kat sini boleh siap sehari je. Tapi masa dia potong kain tu, kena check betul-betul, nanti dia ngelat tipu ambik kain yang lebih low quality, tapi harga high quality. 

Berada di Vietnam ni, membuatkan kami insaf dan merasa takjub. Kadar kemiskinan dia tinggi, tapi kita jarang nak nampak pengemis. Sepanjang kami berada kat sana, kami jumpa sorang je yang mengemis. Apa yang buat kami insaf ialah, walaupun mereka miskin, mereka tak meminta-minta. Pemandu pelancong kami kata, di Vietnam, kalau seseorang tu miskin, dia akan meniaga, meniaga la apa pun yang tak menjadi jenayah, mereka akan sokong dan membeli barangan yang diniagakan. 

Kami ke Mekong Delta pada hari ke-3 untuk merasai pengalaman menyusuri sungai Mekong dan melihat kehidupan penduduk di situ. Di situ, rata-rata penduduknya membuat kerja sulaman. Sulamannya sangat halus dan cantik. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada yang terdapat dibandar jika anda pandai tawar menawar. Bayangkan Baju sulaman budak kecil bergambar naga hanya berharga 10 USD untuk tiga pasang. Nanti saya upload gambar sepasang daripada baju-baju tu.

Banyak pengalaman yang dapat kami perolehi daripada pelancongan kali ini. Ada yang menginsafkan, ada yang menyedihkan dan tidak kurang juga yang menggembirakan. Jauh perjalanan luas pemandangan. >_<

P.S: Nanti saya akan uploadkan gambar-gambar kami di sana berserta nama-nama tempat yang dilawati (Kalau masih ingat ;p). Nantikan Part 3- Gambar-gambar di Vietnam.

Tuesday, December 11, 2012

Vietnam 7 hingga 10 Disember 2012- Part 1

Jumaat yang lalu, kami(saya dan suami) ke Vietnam bersama rombongan Cik Ita(Orang Travel Agency). Menaiki pesawat MAS ke sana. Alhamdulillah perjalanan yang mengambil masa dua jam ke Ho Chi Minh terisi dengan cerita Ice Age: Continental Drift. Seronok juga

Mendarat di lapangan terbang antarabangsa Tan Son Nhat, kami segara mencari tandas. Tak sampai lima minit, keluar semula. Sebabnya, tandas dia tak ada air. Huhuhu. Aduhai. Menahan la sampai hotel. 

Hotel yang kami duduk ni rate dia dalam RM200++  untuk bilik standard twin. Mahal... Patut la pakej Travel Agency ni mahal. Ceit! Tapi hotel ni sangat berkira. Tuala muka kotor  pun kena bayar.  6USD pulak tu. RM18 hanya untuk tuala muka yang kecil tu. Haish.  Maka tidak disarankan duduk di hotel ini. Cari la hotel lain. Bilik pun kecilsabun tak renew. Mahal saja je

Sesampai kami di Vietnam, kami dibawa ke Satay House. Ingatkan pergi makan satay...Rupanya nasik da...Sedap sangat. Lauk dia paru goreng, ayam goreng, telur dadar, sayur kangkung dan sup ikan(nak kata tom yam bukan, nak kata asam pedas pun bukan, sup pun bukan. Gabungan semua rasa yang disebutkan di atas). Lepas makan malam, kami dibawa ke hotel(tahan nak pergi tandas dari airpot lagi) dan dibenarkan berehat dan solat. Pukul 9.00 malam, kami berjalan ke pasar malam berdekatan dengan Ben Thanh Market. 

Membeli belah memang seronok. Kat sana kena tawar sampai 3/4 harga. Anda jangan rasa terkejut jika harga yang dipersetujui setelah tawar-menawar aka gaduh-gaduh jauh lebih murah dari harga yang dia sebut. Walaupun kita dah rasa murah, wajib jugak tawar, sebab sebenarnya harga dia lagi murah dari tu. Hari pertama, kami survey je dulu. Hehe.

P.S: Nantikan Part 2...Psstt... Motor banyak giler kat Vietnam. 






Tuesday, December 4, 2012

After a long break

Phew... After a long break from this blog, I actually visit it and write again in it. Hehehe. Believe me, I have three blogs in the same mail account. But only one I update whenever I'm free. But this one have been haunted, dusty and even got some rust. Why? Because whenever I go travelling and eats delicious foods, I enjoy the bliss, then I forgot to write bout it. Sorry folks. 

Now this blog will be a mix up between travelling (in Malaysia and sometimes outside Malaysia) and food stuff (I love eating! This explains why I'm in such shape ;p). I will also mix the language whether it's in Malay and English. But I'll try not to mix it up in a same post. May Allah bless me and all of my blogwalkers. Bare with me and I will tell you about my journey, my passion and my bliss. It might be yours someday, who knows right?


Wednesday, January 5, 2011

Sate, Nasi Lemak & Char Kue Tiau Jalan Peel


Assalamualaikum,

Entri pertama bagi some malaysian travelogue & eatery ni dalam bahasa Melayu. :p
Hmm... Kalau kita sebut je sate, orang mesti akan ingat sate Kajang. Sate Hj Samuri...Usaha orang yang
jauh datang mai Kajang masa dulu, masa dia tak buka cawangan kat tempat len. :). Sama la kami sekeluarga pun. Tapi kami jumpa tempat baru yang 'combine' fav. kami. Jalan Peel...

Kedai dia tak la se gah macam kedai-kedai mamak yang ada dinding kaler pucuk pisang, lampu krismas atau ketupat kelip-kelip bila raya, tapi masakan dia...Fuhh...Sedapp...Ini dikira dalam kategori gerai la ni..Gerai ni diapit oleh Carrefour dan Sekolah Menengah Convent Jalan Peel.Ada 2 gerai kat situ.Kalau nak tau yang mana satu, 'try' tengok ada dak orang jual nasik lemak & sate kat depan gerai tu. Itu la yang kita cari! Hehehe. Gerai ni betul-betul seberang jalan dari PPR Jalan Peel kalau korang pernah lalu sana. Kalau tak pernah sila la Google sikit ye?

Ok bercerita pasal makanan dia pulak, hmm...menu-menu adalah seperti berikut:

Sate
Sate daging, ayam, perut,rusa??(tak penah pulak order)

Char Kue Tiau(Betul ke eja ni? macam-macam versi ejaan saya @_@) basah atau kering

Nasi Goreng
Nasi goreng cina
Nasi goreng biasa
.....(list tamat di sini ek, lain-lain nasi goreng 'not available')
-dah 'test' dah waitress tu suh dia sebut satu-satu apa yang ada.keh3. lepas dia sebut nasik grg
biasa dia senyap.Long pause...Dark silent siap bunyik cengkerik2 lagi...Ngeh3. Sambil dia tengok mukaku yang menawan ni..Aaa..Pastu tanpa disedari, tertanya la soklan ngok ngek..."Nasik goreng kampung takde?"...Dia pun jawab la dengan sabarnya,"Takde kak, kita ada dua je nasik goreng". Hehehe. Moral of the story? Jangan mintak yang tiada disebut dalam menu..Keh3.

Nasi Lemak biasa(Kalau nak yang luar biasa sila pegi kat gerai nasik lemak dia sendiri ye...)

Mee Kari(Ada di gerai nasik lemak kedai sebelah, hehehe)

Air
Hampir semua yang normal2 ada kecuali yang shake2 & blended2..Atee, gerai yob...mane nak ade seme tu...

Hmm...That's all. Nak yang lebih kena cari kedai len... ;p.

Ni ada gambar sikit, 'copy paste' dari internet. Credit to the photographer &
blogger. Mintak ijin guna gambar ye?


Kue tiau tak jumpa la yang serupa dengan yang kat Jalan Peel tu...Kalau nak tengok rupanya gane, cuba la singgah2 ke gerai itu ye...

Daaa....Selamat Menjamu Selera!